Logo rasmi KOF telah dicipta oleh AJK Publisiti KOF 1.0 iaitu Nur Amalina binti Abdul Rahman. Beliau bersama-sama dengan penasihat KOF 1.0 telah merekabentuk logo rasmi ini.
Huruf ﻕ yang juga disebut dengan sebutan "qaf" atau "qof" dalam sebutan Melayu juga kedengaran seperti "kof". Huruf ﻕ ini mewakili singkatan bagi King of Fighter (KOF).
Manakala bentuk heksagon yang mempunyai 8 bucu itu mewakili jenis-jenis seni mempertahankan diri yang popular dalam kalangan masyarakat. Silat, taekwondo, karate, muaythai, wushu, capoeira, jiu jitsu dan judo merupakan 8 jenis seni bela diri tersebut.
Proses merekabentuk logo ini mengambil masa hampir seminggu. Setelah banyak kali diedit, akhirnya terhasilah logo rasmi seperti ini.
No comments:
Post a Comment