Aktiviti

Pada 20 April 2013, satu bengkel untuk peserta daripada UMP telah dijalankan  di DK1 Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, UMP Pekan. Bengkel ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta daripada pelajar UMP Kampus Pekan dan juga Kampus Gambang.


Seperti bengkel luar sebelum ini, bengkel ini juga mempunyai tujuan yang sama, iaitu memberi pendedahan kepada mereka mengenai syarat, peraturan dan pemarkahan KOF 2.0. Bengkel ini mempunyai dua slot iaitu sesi taklimat pada sebelah pagi dan sesi simulasi pada sebelah petangnya. 


Taklimat disampaikan oleh Hadi Zulkifli selaku pengarah program dan Syakir Azim sebagai juri jemputan. Sesi simulasi diketuai oleh Tuan Pengetua, Encik Shaiful Hakim selaku penaung bagi program KOF 2.0 ini.


Ketika sesi simulasi, pelbagai teknik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan telah ditunjukkan. Hal ini kerana terdapat sebilangan para peserta masih belum mengetahui teknik-teknik yang dibolehkan di dalam pertandingan ini.


Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar dan para peserta berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan. Malah, pihak kami juga turut mendapat permintaan daripada peserta agar bengkel untuk kali kedua diadakan di UMP Kampus Gambang.


Berikut merupakan gambar sepanjang bengkel ini berlangsung.


Penerangan daripada Tuan Pengetua


Juri jemputan menerangkan syarat dan peraturan kepada peserta


Pengetua menunjukkan teknik yang boleh dilakukan


Para peserta dan AJK


Peserta


teknik kuncian


teknik jatuhan





teknik grappling yang tak dibenarkan

Nantikan pre-fight King of Fighter 3.0 tidak lama lagi !




No comments:

Post a Comment