Friday, March 1, 2013

Asal Usul KING OF FIGHTER


King Of Fighter merupakan satu program anjuran Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 Universiti Malaysia Pahang, Kampus Pekan. Program ini bermula pada bulan Mei tahun 2012.


Pada asalnya, idea untuk menjalankan program seumpama ini dicetuskan oleh Pengerusi PEKA 5 ini sendiri, iaitu saudara Zul Fadli bin Mohamad Tohid. Beliau pernah menyertai Free Fight Tournament semasa Tahun 1 di UMP kampus Gambang.


Semasa memegang jawatan sebagai Pengerusi PEKA 5 sesi 2011/2012, beliau mendapati sebilangan penghuni Kolej Kediaman 5 bersuara mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di kolej kediaman.


Bermula daripada itu, beliau mendapat idea untuk menganjurkan satu program bertemakan " seni mempertahankan diri " yang mana mampu menarik minat para pelajar untuk menyertainya.


Setelah menyuarakan hasratnya mengenai program tersebut kepada Pengetua KK5, ternyata En. Shaiful Hakim sendiri setuju dan memberikan galakan kepada beliau untuk meneruskan program seumpama itu. 


Kata-kata Encik Shaiful Hakim mengenai program ini :

" Semangat kesukanan perlu diterapkan dalam diri para pelajar agar mereka lebih berdaya saing terutamanya dalam bidang kejuruteraan. Program sebegini mampu menghasilkan pelajar yang lebih berkualiti dan aktif. "


Di samping itu, para pelajar juga mampu mempelajari cara-cara untuk mempertahankan diri kerana ia merupakan satu aspek yang penting untuk setiap individu.


Tuan Pengetua juga merupakan guru silat yang mahir dan beliau yakin yang program ini mampu mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar UMP. Pengetua sendiri menamakan program ini dengan nama " King of Fighter " dan turut menjadi penasihat untuk program ini.


Permulaannya, idea saudara Zul Fadli ini hanyalah sekadar ' angan-angan mat jenin ' . Beliau sendiri tidak menjangkakan idea ini mendapat sambutan yang luar biasa dari kalangan pelajar.


Setelah mendapat sambutan yang meriah daripada para peserta, penasihat mencadangkan agar program ini menjadi satu program tradisi KK5.


Pengasas King of Fighter


Penasihat King of Fighter 1.0, Encik Shaiful Hakim


No comments:

Post a Comment